Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tips edit template designer code baru

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.





Ramai yang merungut katanya susah nak edit blog dengan coding baru blogger ni. Hm sebenarnya tak susah. Mula-mula pun saya ingat susah. Rupanya tak. Lepastu tengok, godek-godek, sebenarnya sama je nak mengedit code. Jangan keliru dengan coding yang dah macam page source.

MENGGUNAKAN CTRL+F

Act, yang CTRL+F ni saya baru tahu lepas Kak Nabila Medan bagitahu. Ahahahaha patutlah selama ni saya nak cari code dengan cepat tak jumpa. Rupanya caranya dah lain. Nak tahu macam mana??

1. Awak klik dalam kotak Edit HTML tu, lepastu tekan CTRL+F dan kotaknya akan keluar macam ni :


Macam tu lah kotak yang akan keluar. So senang lah nanti nak cari code dekat mana-mana je.

MENGEDIT BLOG


Kalau korang tekan segi tiga terbalik dekat anak panah yang saya tunjuk tu, code nya akan mengembang kan? maksudnya lebih meluas dan lebih banyak code. And dekat situ untuk bahagian mengedit blog contohnya macam post title, sidebar title, post footer, blockquote dan macam-macam lagi. Dekat situ sahaja bahagiannya. Dia dah tempatkan sendiri. Kalau tak dulu dia hanya ada dalam satu kotak kan? Code sekarang dia dah bahagi-bahagi kan tempat.

PREVIEW TEMPLATE


Haaaaaaaa! Yang ni baru. Selalunya, yang dulu dulu punya coding sebelum bertukar jadi baru, kita boleh preview blog dan akan bukak dekat new tab kan? Sekarang tidak lagi ye anak anak. Kihkihkih, bila kita preview template, dia akan view dalam kotak yang sama dan dalam tab yang sama. Yang paling penting ni! Korang kena ingat, bila dah TEKAN PREVIEW TEMPLATE DAN TEKAN EDIT TEMPLATE SEMULA, misal kata korang corak tu tak berapa nak cantik, dan tukar kan kepada asal, korang tak boleh nak undo ((right klik --> undo)). Kalau dulu boleh kan? Sekarang tidak lagi. Sebelum edit apa-apa. Korang backup dulu code lama. Hati-hati ye!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas ]]></b:skin> korang boleh abaikan. Takpayah usik pun takpa. Sebab dekat situ bahagian untuk apa tah saya sendiri taktahu. Hahahha >.< Itu jelah bahagian yang penting. Tutorial yang dekat google orang dah banyak buat tu, masih sama dan korang masih boleh gunakan. Jangan terlalu serabut dan keliru dengan coding baru ni. Sebenarnya................................................... sama saja~~~


Tips guna Blogskin

3133379442_1_12_7ffudx6w_large

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Harini Izyan nak bagi beberapa tips menggunakan blogskin. Maksud Izyan, bukannya tips edit blogskin. Tapi tips guna skin yang sama, dan kita boleh edit macam-macam design yang kita nak. Setiap kali bosan dengan design yang sama, kita takyah lah tukar skin yang baru. Then kena edit semuanya balik. Leceh kan?

  • Kalau korang pilih skins, pilih lah coding yang senang korang nak faham. dan coding yang code nya tak bercampur. macam satu-satu baris lah. ada setengah orang buat skins, dia sambungkan code nya. Bagi izyan, izyan tak faham bila disambungkan, dah nak kena tekan "enter" satu-satu. SANGAT LECEH. Contoh skins http://www.blogskins.com/info/388438
  • Selalunya, izyan kalau pilih skins, suka yang sekali dah ada header. Nanti takdalah susah payah kita nak masukkan code untuk header kan? Dan pilih skin yang header nya dah bersambung sekali dengan body. Tinggal nak ubah size width nya sahaja. And kalau nak buat header tak bersambung dengan body, cuma buang je code header tu. Simple sangat!
  • Pastikan korang simpan 1 file notepad khas untuk code-code yang penting untuk korang edit blog. Senang lah nanti kalau korang nak edit balik blog korang, takpayah nak tengok tutorial daripada blog yang sama. tengok tutorial yang sama. Kalau rajin, takpelah. Dan bila korang selalu tengok tutorial daripada satu blog ni, korang PERLU bookmark page dia. Nanti kalau lupa, terus cek dekat tab bookmark je.
  • Kadang, bila korang tengok blog orang yang cantik, dan korang nak edit sama macam dia, jangan lupa letak "Inspiration of .............. blog" nanti takda lah orang syak yang awak copy-style-edit blog orang tu. Tak pepasal kita pulak yang kena tuduh copycat. *Dah biasa selalu kena macam ni dengan anon yang suka buat cerita*
  • For blogskins, warna blog tak sesuai warna yang terlalu kuat. Blogskins sesuai edit dengan warna yang soft-soft gitu. Nampak kemas. Dan satu keistimewaan blogskins ni, korang letak lah banyak coding sekalipun, blog takkan berat. *agaknya lah* kalau mcm template designer, letak salji pun dah berat kan? Blogskins sangat special. kahkahkah!
  • Akhir sekali, pilih lah skin yang korang boleh guna sampai bila-bila tapi korang boleh edit banyak-banyak kali tak kisah lah bentuk/design/warna apa sekalipun. Dia tetap akan nampak cantik dan kemas dan lawa. Ceh padahal sama je maksudnya. Ini akan permudahkan segala kerja korang untuk mengedit blog. Cuma korang kena pandai main dengan coding jelah.
  • Kalau taktahu nak tambah sesuatu code yang korang belum pernah cuba, kena lah rajin selalu tengok skin-skin yang lain. Dan godek code yang ada dalam skin tu. Dan try dekat blog. Yang pasti, kalau nak blog lawa, kena rajin!
Izyan rasa itu je kot. Oh ya JANGAN LUPA TOLONG CLICK KAN IKLAN SAYS IZYAN BOLEH? Please................................ Izyan minta tolong sangat-sangat ni :-(

http://ysmcdn.com/share/my/2550/3181764

LEPAS BACA, JANGAN LUPA COMMENT SEKALI OK :-D