Serba-serbi tentang blog


Tumblr_masj42m8yc1rhvqoxo1_500_large

Assalamualaikum.

Harini saya nak cerita kan tentang blog saya. Hehe nothing special. Just want to share with you how I edit my blog, how can I create this blog and so on. Ramai yang tanya saya soalan yang sama. Okay saya jawab harini bagi sesiapa yang tanya saya itu dan ini. Kalau awak tanya lagi maknanya awak tak baca entry saya yang ni :B

Saya buat blog dah lama. Since darjah 6 akhir tahun. Hmph kiranya blog saya dah berusia 3 tahun lebih. Haha tak ingat tarikh sebenarnya -.- Dan sekarang saya form 3. Lama jugak lah blog ni. Sayang weh dekat blog ni, semua cerita pasal life saya, saya update. Tapi tak lah semua. Menipu je tu. Lulz.

Header. Erm header tu saya buat sendiri. Cuma doodle tu je saya ambik dekat weheartit. Eheee saya tak pandai buat doodle animated. Nak buat header macam tu takdelah susah sangat. Saya baru tahu caranya! InsyaAllah kalau ada masa saya buat tuto. Cuma payahnya nak kecik kan gambar tu je. And nak bagi sama size gambar nya. 

Tulisan header selalunya saya download dekat dafont.com. And saya selalu tengok dekat new fonts. Kalau ada yang berkenan saya download. Tapi bila dah download, buat header asyik guna font yang sama je. LOL baik takyah download macam tu. And header tu saya guna font DJB  JACKED UP KINDA LUV. Korang boleh lah download. Cari dekat google then download. Senang! :P

Mencantikkan blog. Saya selalu edit blog ikut mood. Kalau mood rajin, saya edit lah. Kalau malas ha biar lantak kau dekat situ. Nyenyenye~~ And agak-agak bila dah bosan tengok design blog asyik sama je, saya edit lah design lain. Tapi saya prefer blogskins daripada template designer. Blogskin semua boleh buat. Template designer terhad sikit. And code yang tu pun saya dah banyak lupa. Ahaks~~~

Saya rasa itu je kot. Dah macam buat karangan BM. Banyak pulak perenggan nya. Ni kalau buat karangan mesti banyak yang salah sebab banyak guna bahasa pasar. LOL dah stop merepek. Selamat bersekolah dan tinggal 16 hari lagi nak PMR. Wuuuu sheram ni~~~~~

Freebies header


Tumblr_m8oin6fmp61qb2g1po1_500_large

Assalamualaikum and Hye semua :-)
Harini saya nak bagi freebies header. Hm taktahu nak update apa. Tadi pun tengah bosan takda sapa nak mention saya. Tsk tsk T^T bukak lah encik photoshop dan cik weheartit cari gambar yang lawa-lawa. And yeah saya dah siapkan header nya.

Width : 800
Height : 300
Jenis : Bersambung

Rules :-
  • Kalau nak ambik, comment dahulu okay?
  • Jangan lupa letakkan credit tau!
  • Click the image to get the URL


Dugaan itu pasti akan datang



Assalamualaikum.
Ya Allah, dugaan apa lagi yang Kau berikan padaku. Hanya mampu bersabar dan kuat mengharungi nya. Kita hanya insan biasa, hamba yang khilaf, hamba yang selalu melakukan dosa. Bila harini kita sedar, esok buat lagi. Hmm sampai bila rasanya dan sampai bila nak berubah. And saya type ni pun sebab saya tujukan dekat diri saya. Bukan untuk awak semua. Hm jangan terasa ye.

Setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Walaupun kita tak nampak, tapi kita akan tahu satu hari nanti. Bersyukur lah kerana masih ada dugaan yang menimpa diri kita. Kerana Allah masih sayang dan mengingati diri kita. Dugaan mengingati kita kepada Maha Pencipta menjadikan kita lebih bersedia pada nikmat yang akan datang supaya tak leka.

Allah tidak berlaku kejam kepada kita. Allah memberi dugaan yang kita sendiri mampu untuk menjalaninya. Allah juga ingin tengok betapa tingginya kesabaran dan keimanan kita kepadaNya. Indahnya dugaan Allah menyapa. Sekurang-kurang nya kita masih ada masa untuk muhasabah diri setiap kali dugaan datang.

Setiap kali dugaan ada, mesti kita rasa sedih. Nak luahkan dekat kawan, mungkin boleh melega kan sedikit sedih. Tapi jangan tunjuk kesedihan kita depan orang, tapi tunjuk kesedihan kita dekat Allah. Allah pasti mendengar. Allah tidak pernah tidur dan sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Sabar itu indah. Sabar itu segala kekuatan. Sabar itu ada hikmahnya. Wallahua'lam. Maaf kalau ada tersalah type, atau tersalah info.



Dalam hadits kudsi Allah berfirman "Pergi lah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya" (HR Thabrani dari Abu Umamah)

Demam PMR


303751_1948155345451_1828807602_n_large

Assalamualaikum!
Dah lama sangat rasanya Izyan tak buat new post kan? Dah lama menyepi blog ni. Hm readers pun dah takda yang sudi baca blog Izyan lagi *kesat air mata* Ceh berlakon je. Hihi awak semua apa kabar? Seminggu takleh online mak kita tak bagi. Tapi bila mak pergi kerja Izyan online jugak. Mwehehe itu pun kejap je tak lama. Bila dah lama tak online ni, nak online pun jadi malas. Weeeeeeewwwwww~~~

Lagi berapa minggu je nak exam PMR yang SEBENAR!! Tapi still watlek watpeace je. Study dekat rumah pun idok. Dekat sekolah je lah rajin study sebab ada kawan. Itupun kalau ada mood. Kalau takda memang asyik bersembang, gelak-gelak dengan kawan jelah. And now saya dah suka Math! Haha makin lama makin buat latihan ni dah hafal soalan dia macam mana. Act math ni senang kan? Cuma cuai tu mesti ada. Pheww ~.~

Nak baca buku sejarah dengan geografi ni maaf lah. Memang 5 minit pun dah rasa mengantuk. Lagi-lagi sejarah. Geo okay lagi. Urghhh i hate it T-T Benda-benda fakta ni memang susah nak ingat. Kan best kalau exam meja rapat-rapat. Wakakak no just joke. Hihi gila ke apa. Mesti lah ramai dapat A macam tu. 

Tumblr_m9urwob9yc1rsfjqwo1_500_large

Doakan Izyan dapat 8A dalam PMR nanti boleh? Harap-harap doa korang termakbul. And kalau tak usaha pun tak menjadi jugak kan? Sekarang masih sempat lagi nak study betul-betul. InsyaAllah kita AKAN BERJAYA!