Tips guna Blogskin

3133379442_1_12_7ffudx6w_large

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Harini Izyan nak bagi beberapa tips menggunakan blogskin. Maksud Izyan, bukannya tips edit blogskin. Tapi tips guna skin yang sama, dan kita boleh edit macam-macam design yang kita nak. Setiap kali bosan dengan design yang sama, kita takyah lah tukar skin yang baru. Then kena edit semuanya balik. Leceh kan?

  • Kalau korang pilih skins, pilih lah coding yang senang korang nak faham. dan coding yang code nya tak bercampur. macam satu-satu baris lah. ada setengah orang buat skins, dia sambungkan code nya. Bagi izyan, izyan tak faham bila disambungkan, dah nak kena tekan "enter" satu-satu. SANGAT LECEH. Contoh skins http://www.blogskins.com/info/388438
  • Selalunya, izyan kalau pilih skins, suka yang sekali dah ada header. Nanti takdalah susah payah kita nak masukkan code untuk header kan? Dan pilih skin yang header nya dah bersambung sekali dengan body. Tinggal nak ubah size width nya sahaja. And kalau nak buat header tak bersambung dengan body, cuma buang je code header tu. Simple sangat!
  • Pastikan korang simpan 1 file notepad khas untuk code-code yang penting untuk korang edit blog. Senang lah nanti kalau korang nak edit balik blog korang, takpayah nak tengok tutorial daripada blog yang sama. tengok tutorial yang sama. Kalau rajin, takpelah. Dan bila korang selalu tengok tutorial daripada satu blog ni, korang PERLU bookmark page dia. Nanti kalau lupa, terus cek dekat tab bookmark je.
  • Kadang, bila korang tengok blog orang yang cantik, dan korang nak edit sama macam dia, jangan lupa letak "Inspiration of .............. blog" nanti takda lah orang syak yang awak copy-style-edit blog orang tu. Tak pepasal kita pulak yang kena tuduh copycat. *Dah biasa selalu kena macam ni dengan anon yang suka buat cerita*
  • For blogskins, warna blog tak sesuai warna yang terlalu kuat. Blogskins sesuai edit dengan warna yang soft-soft gitu. Nampak kemas. Dan satu keistimewaan blogskins ni, korang letak lah banyak coding sekalipun, blog takkan berat. *agaknya lah* kalau mcm template designer, letak salji pun dah berat kan? Blogskins sangat special. kahkahkah!
  • Akhir sekali, pilih lah skin yang korang boleh guna sampai bila-bila tapi korang boleh edit banyak-banyak kali tak kisah lah bentuk/design/warna apa sekalipun. Dia tetap akan nampak cantik dan kemas dan lawa. Ceh padahal sama je maksudnya. Ini akan permudahkan segala kerja korang untuk mengedit blog. Cuma korang kena pandai main dengan coding jelah.
  • Kalau taktahu nak tambah sesuatu code yang korang belum pernah cuba, kena lah rajin selalu tengok skin-skin yang lain. Dan godek code yang ada dalam skin tu. Dan try dekat blog. Yang pasti, kalau nak blog lawa, kena rajin!
Izyan rasa itu je kot. Oh ya JANGAN LUPA TOLONG CLICK KAN IKLAN SAYS IZYAN BOLEH? Please................................ Izyan minta tolong sangat-sangat ni :-(

http://ysmcdn.com/share/my/2550/3181764

LEPAS BACA, JANGAN LUPA COMMENT SEKALI OK :-D

3 comments: