Tips Mengatasi Rasa Malas Belajar



4dmq5_large

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua..

Saya tahu, dah start sekolah ni. Makin banyak homework yang kena buat kan? Lagi-lagi bila batch 97's yang tahun ni tingkatan 4. Memang terasa sangat-sangat homework tu bertambah! Dan, bila dah ada homework, mula lah rasa malas nak buat. Dah biasa dah, pelajar sekolah tahu lah macam mana en~

BEBERAPA TIPS UNTUK MENGATASI RASA MALAS BELAJAR :-

1) Balik sekolah terus mandi. 
Jangan tangguh-tangguhkan. Sebab selalunya lepas balik sekolah mesti mengantuk en? Dah baring, malas nak bangun. Lepastu tengah tengok tv, tiba-tiba mata terlelap. Bangun pulak dah nak maghrib. Memang malas sangat rasanya nak mandi. Kalau balik sekolah terus mandi, kita akan jadi segar!

2) Belajar sambil dengar lagu.
Setengah orang ada buat macam ni, tapi setengah orang tak buat. Macam saya, saya takboleh belajar sambil dengar lagu. Nanti tak focus. Tapi ikut pada keselesaan masing-masing. Ada yang boleh focus ada yang tak. Sambil belajar, kita boleh menyanyi sekali. Tapi, jangan TERLALU khusyuk menyanyi sampai homework pun tak siap. Kihkihkih XD

3) Amalkan doa mengelak diri daripada sifat malas.
InshaAllah kalau kita amalkan doa ni. Kita dapat atasi sifat malas tu. Kita hanya merancang dan Allah yang tentukan. Doa jugak salah satu daripada usaha untuk kita. Kan? Berdoa lah sebelum dan sesudah belajar supaya kita boleh ingat apa yang kita belajar tu sampai bila-bila. Doa ikut ayat kita pun takpa. 

4) Susun semula lepas belajar.
Yang ni perempuan mesti buat kan? Yelah, nak kasi nampak cantik, kemas, baru ada mood nak belajar. Hoho kalau tempat belajar pun bersepah mood nak belajar pun down terus. Nak pandang buku pun tak sudi. Cehwah! Hiperbola betul. 

5) Off-kan handphone/suruh mak pegang dulu.
Kebanyakkan remaja, susah sangat nak berenggang dgn handphone. Lagi-lagi yang ada GF/BF. Mesti asyik nak text je. Lol same with me. Pukul 8 start message dan time tu jugak lah kita nak study kan? Hm, off kan handphone time kita belajar atau suruh mak pegang. Tapi lebih rela off daripada suruh mak pegang. Wakakak dan anda tahu sendiri jawapannya kenapa :P

6) Buat nota yang warna-warni dan ringkas.
Erm, senang citer macam peta minda lah. And selalu saya nampak, perempuan memang rajin buat peta minda yang warna warni. Nampak cantik dan sangat menarik dan akan tertarik untuk baca. Betul tak betul tak betul tak? Ok sila angguk sekarang :B Hahahaaha takyah tulis panjang-panjang, nanti kita pun malas nak baca.

Ni je tips daripada Izyan. Cuba lah salah-satu-daripadanya. Manalah tahu berkesan kan? Hm nak berjaya kena mula daripada sekarang. Nanti kita akan bersedia untuk apa jua yang akan datang. InshaAllah :-) *Comment lah lepas dah habis baca tu. Hehe :3

http://ysmcdn.com/share/my/2550/3181764
http://ysmcdn.com/share/my/2560/3182139

I REALLY NEED YOUR HELP. CLICK LINK DEKAT ATAS TU. PLEASE! BUKAN LINK HANTU TAPI LINK SAYS. PLEASE PLEASE PLEASE V-V


2 comments: